Suami Isteri Tekad Simpan RM20 dan RM5. Sekali Pecah Tabung, Hasilnya Mengejutkan!

Suami Isteri Tekad Simpan RM20 & RM5. Tiap Kali Pecah Tabung, Hasilnya Wow!

Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Ramai yang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit. Sebenarnya tidak! Bahagia itu juga rezeki, hati yang tenang itu rezeki, keberkatan masa itu juga rezeki. Dapat kawan yang baik juga rezeki.

Bagi kita yang hidup secara bersederhana, syukurlah apa yang ada. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Asalkan makan pakai dan keperluan perbelanjaan cukup itu pun dah memadai. Dapat rezeki lebih alhamdulillah!

Seperti perkongsian seorang isteri, Chienta Mul’aien II, walaupun tiada gaji tetap dan hidup bersederhana, simpanan untuk kecemasan dan keperluan keluarga tetap ada. Sungguh terinspirasi!

Kami tak ada KWSP, pecah tabung la jawabnya. Plan nak beli emas macam sebelum-sebelum ni tapi ada keperluan yang lebih perlu didahulukan.

Alhamdulilah..hasil penat lelah meniaga siang dan malam. Pukul 3-4 pagi orang tidur saya masih up barang niaga.

Penat memang penat tapi tu je lah caranya dapat bantu suami, bantu diri sendiri, bantu keluarga. Nak keluar bekerja belajar pula tak pandai.

Cara Saya Menyimpan Pula Setiap Kali Belanja Ada Baki Duit RM20/RM5 Terus Saya Simpan. Tak Kisah Baki Duit Dapat Berapa Keping, Saya Takkan Usik Kecuali Terdesak.

Lagi 1 simpan dalam tabung yang tak boleh buka tutup. Selalunya orang cakap ,alah awak niaga boleh la simpan macam ni tapi sebenarnya saya menyimpan ni dari sebelum saya ada income sendiri.

Saya biasa hidup susah sebelum berkahwin, saya ibu tunggal selama 6 tahun, peritnya nak sara hidup sendiri masa tu. Mula-mula kahwin saya belajar menyimpan duit RM5 saja, sebab masa tu saya tak niaga macam sekarang hanya belanja duit suami dan nafkah.

Setahun saya dapat dalam RM1K, dengan duit tu saya dapat buat belanja balik kampung, beli baju raya semua.

Alhamdulilah sekarang suami pun dah berjangkit menyimpan duit RM20&RM5, yang untung bini dia. Harap perkongsian ini dapat bagi semangat pada semua.

Kita kena buat dulu, baru nampak hasilnya dan puas hati. Lagi satu berdisiplin. Siapa lagi nak ubah hidup keluarga kita, kalau bukan kita suami isteri.

Kredit: Chienta Mul’aien II Via PaMa