Cara Buat Chawanmushi Homemade, Letak Bahan Banyak-Banyak, Kukus Sekejap Terus Siap!

Sesekali ubah selera anak, apa kata kita sediakan telur kukus atau Chawanmushi untuk anak-anak. Paling mudah dan senang, mengukus chawanmushi mengambil masa tidak sampai 20 minit. Memang mudah.

Perkongsian resipi langkah demi langkah oleh Arina Rashid ini mama boleh cuba. Sedap!

Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.

Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.

Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji telur
  • 260g air
  • ½ tsp garam

Cara Membuatnya:

1) Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.

2) Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.

3) Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.

4) Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.

5) Dah siap!

Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.

Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.

Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3

Sumber: Arina Rashid Via Pama