Resepi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu!

Resepi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu!

Resepi yang viral di Tik Tok, Crab Rangoon semakin menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, cara membuatnya yang begitu mudah ditambah pula dengan sosnya yang begitu sedap dan simple buat ramai yang teruja.

Macam mana cara membuatnya? Apa kata kita cuba perkongsian resepi mudah Fadzlin Adzlina ini. Sedap!

Dua dua resepi saya ambik dalam apps tiktok. Cuma di ubah sikit saja. Jika tiada bahan tu, terpulang nak guna sos Thai ke atau sos cili biasa.

Bahan-Bahan:

  • Kulit popia / kulit wantan
  • 1 paket filamen ketam (250gram)
  • ½ batang lobak (cincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan (optional)
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • Segenggam daun bawang( potong kecil)
  • 1 sudu kecil garam
  • 250 gram cream cheese(xkisah brand ape)
  • Sedikit daun kucai (untuk mengikat)

Cara-Cara Membuatnya:

1. Potong kecil filamen ketam.

2. Dan di campurkan kesemuanya. Gaul sebati.

3. Letakkan inti ke dalam kulit popia kemudian buat lah bentuk yang di sukai. Macam ni saya buat ala bunjut.

Cara Membuat Sos Creamy Hijau Ala Thai

  • 2 rumpun daun ketumbar (sekali akar)
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ cawan air biasa
  • 6-7 biji cili hijau
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1-2 biji limau nipis (diambil jusnya sahaja)
  • 6-7 sudu besar mayonis

Cara-Cara Membuatnya:

1. Blend sekali daun ketumbar, air, cili hijau, sos ikan, mayonis dan jus limau.

Siap! Sedia Untuk Dimakan. Selamat Mencuba

Sumber: Fadzlin Adzlina Via PaMa