Penternak Cilik Raih RM10,000 Sebulan Hasil Jualan Anak Ayam

Biarpun baru berusia lapan tahun, namun siapa sangka, Ahmad Faiq Adrian Mohamad Firdaus, mampu meraih hasil sehingga RM10,000 sebulan daripada jualan anak ayam kampung putih (Hyline White).

Ahmad Faiq berkata, dia bermula dengan menternak ayam sebagai hobi sebelum mengambil inisiatif menjual anak ayam melalui Facebook dan tidak menjangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Saya mendapat dorongan dan bimbingan daripada bapa, Mohamad Firdaus Ismail, 40, dan ibu, Normah Ahmad, 36.

Bapa membeli anak ayam daripada pembekal iaitu bapa saudara, Mustapa Omar, secara pukal sebelum saya menjualnya melalui promosi media sosial.

Paling tinggi saya pernah menjual anak ayam sebanyak 3,200 ekor sehari dengan harga RM10 untuk empat ekor anak ayam,” katanya.

Tambahnya, dia berasa seronok menjalankan perniagaan menjual anak ayam itu.

Rata-rata pelanggan membeli anak ayam dengan kuantiti yang banyak untuk diternak secara komersial dan sebahagiannya membeli untuk diternak di kawasan rumah.

Istimewa anak ayam kampung putih yang dijual itu kerana ia cepat membesar dan boleh dijual,” katanya dari Kampung Lak Lok Dalam, Besut.

Sementara itu, Mohamad Firdaus berkata, dia mendorong anaknya itu kerana menyedari minat anaknya dalam bidang penternakan dan perniagaan.

Sebelum ini, Ahmad Faiq gemar mengikuti bapa saudaranya menjual ayam pelbagai jenis di Pasar Tani dan Ekspo Pertanian.

Oleh itu dan isteri sepakat mengeluarkan modal untuk membeli anak ayam untuk dijual Ahmad Faiq,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menjangka jualan anaknya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dan orang ramai.

Melihat kejayaan Ahmad Faiq berniaga, saya dan isteri akan terus mendorongnya berniaga dan berharap perniagaan jualan anak ayam yang dijalankan terus berkembang,” katanya.

Kredit: bhrian