Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Apam Puri ni mesti korang tertanya-tanya macam mana rupanya. Kalau nak tahu, jom follow resepi apam puri inti kastard jagung kat sini.

Confirm korang suka!

Kuih ni memang sebijik bentuk karipap, tapi teksture nya lembut macam apam yang kita biasa makan. Yang lagi seronok inti kuih ni menggunakan inti kastard jagung yang ramai penggemarnya.

Nak hidang dengan kastard perisa lain pun boleh. Sesuai dihidang untuk majis-majlis.

Kuih ni boleh di warnakan dengan apa je jenis warna yang korang suka. Boleh letak warna pink, kuning, hijau dan macam-macam lagi.

Cantik kejadiannya! Anak-anak pun mesti tertarik dengan warnanya. Kuih ni juga sesuai di jadikan hidangan minam petang sekeluarga.

Yang nak try buat kuih apam puri ni boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah ini.

Resepi Apam Puri Inti Kastard Jagung

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan Tepung gandum
  • Telur sebiji
  • Yis setengah peket
  • 4 sudu besar Gula
  • Garam sikit
  • 2 cawan Air
  • Pewarna ikut suka

Bahan Inti Kastard Jagung:

  • 1 cawan Air
  • 1/2 cawan Tpg gandum
  • 1/2 cawan Tpg kastard
  • 4 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar perisa jagung

** Nak rase lemak boleh guna susu pekat ganti gula

Cara Penyediaan Apam:

1. Satukan semua bahan untuk apam dan kacau sebati. Perap dalam 15 minit.

2. Panaskan fry pan. Masak adunan macam buat lempeng tapi tak payah terbalikkan dan tak payah letak minyak.

3. Guna api paling slow ye. Siap dan ketepikan.

Cara Penyediaan Inti:

1. Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk.

2. Kacau rata, masak guna api slow. Kacau sampai pekat likat.

3. Tutup api dan sejukkan.

Cara bentukkan apam puri: Guna je acuan karipap. Letak inti dan ketip. Siap untuk dihidang.

Sumber: Pn Habsah Ngah Via Myresipi