Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Cakoi Simple. Hasilnya Sangat Lembut & Gebu!

Sebenarnya tak susah nak buat kuih cakoi ni. Kuih cakoi senang kerana boleh dibuat dengan menggunakan resipi donut. Cuma bezanya ialah doh ditarik memanjang dan dicantum 2 menggunakan air dan batang chopstick sahaja. Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah dengan kuah kari.

Adunan cakoi ni boleh jugak digunakan untuk buat kuih pau goreng dan kuih donut. Jom lihat resipi kuih cakoi paling simple perkongsian dari Tokma, Puan Rossita Omar di bawah. Sangat mudah cara penyediaannya. Hasilnya pun lembut dan gebu.

Resipi Kuih Cakoi

Bahan A :

  • ¹/2 kilo tepung gandum
  • ¹/2 peket yis mauripan

Bahan B :

  • 2 sudu majerin
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan :

  1. Bahan A & B dicampur. Gaul bersama hingga sebati.

2. Guna air sejuk peti ais. Lebih kurang 1¹/4 cwn.

3. Uli hingga adunan tak melekat di tangan.

4. Perap hingga naik & kembang. Lebih kurang 1 jam tau.

5. Canaikan doh & potong ikut bentuk yang kita suka.

6. Goreng dengan api yang sederhana.

Boleh rujuk pada gambar untuk cara penyediaan yang lebih jelas.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Rossita Omar