Bubur Candil Kuah Santan, Manisan Mudah Buat Untuk Minum Petang

Sedapnya jika menikmati Bubur Candil ni. Lemak-lemak manis kuahnya, ditambah pula dengan doh Candil yang lembut, memang tidak puas dimakan. Saudari Norasikin Termizi ada kongsikan resepinya.

Kuantiti bahan tidak terlalu banyak dan sesuai untuk saiz hidangan 3-4 orang makan. Jom cuba!

RESEPI BUBUR CANDIL VIRAL MUDAH BUAT

BAHAN DOH CANDIL:

  • 2 cawan tepung pulut – beli online disini
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.

3. Sementara menguli doh, didihkan air dalam periuk.

4. Cubit doh dan bulatkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan hingga timbul. Bila doh timbul, maksudnya ia telah masak. Tidak perlu dikacau.

5. Angkat doh dan letak dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.

BAHAN KUAH SANTAN MANIS:

  • 4 cawan air
  • 2 ketul gula melaka – boleh guna gula merah @ gula pasir – beli online disini
  • 2 cawan santan – beli online disini
  • 1 ½ sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut.

2. Masukkan santan dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Masak sehingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

4. Rasa kuah, jika kurang manis, boleh tambah gula merah @ gula pasir.

5. Masukkan doh tepung. Sedia untuk dinikmati.

TIP: Masa nak uli doh dengan pewarna, jangan letak pewarna banyak sangat. Nanti bila doh sudah masak, warna akan jadi lebih terang/gelap. Jika sebelum masak pun sudah terang, lepas masak takut warna terlalu terang dan rasa takut untuk dimakan.

Sumber: Norasikin Termizi Via Rasa