“Tomyam Paling Sedap Di Dunia”. Tak Guna Paste Tomyam Pun! Ini Cara Membuatnya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ina berkongsi resipi tomyam yang sedap dan mudah tanpa perlu menggunakan pes tomyam. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Suami turut memuji tomyam yang dimasaknya paling sedap di dunia! Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Tomyam Paling Sedap Di Dunia

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Akar ketumbar
  • Daun limau purut
  • Limau nipis
  • Serai
  • Cili padi
  • Lengkuas
  • Cili kering kisar
  • Ayam, udang, sotong, fish ball
  • Tomato, baby jagung, bunga kobis, carrot
  • Garam, gula
  • Susu cair

Cara-cara Membuatnya :

  1. Didihkan air. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, akar ketumbar, daun limau purut, serai, cili padi, lengkuas dan cili kering kisar. Biarkan ia mendidih.
  2. Kemudian masukkan ayam, tomato, udang, sotong, fish ball, baby jagung, bunga kobis, carrot dan garam gula secukup rasa. Biarkan lauk masak.
  3. Tambah sedikit susu cair untuk pekatkan kuah.
  4. Perahkan limau nipis.
  5. Selamat mencuba. Gerenti sedap dan menjadi!

Kredit Resipi & Foto : ASH (Foodhunter) @Ashril_92