Tuang Dulu Air Masak Kemudian Air Panas. Barulah Anak Dapat Khasiat Minum Susu

Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.

Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.

Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.

Bagaimana anda membacuh susu formula? Selalunya cara di bawah ini bukan?

1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.

2) Tuang air panas.

3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.

4) Goncang sehingga sebati

5) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!

Kenapa?

Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mem4tikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.

3) Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber  :  ISLAM ITU INDAH