Ini Sebabnya Seseorang Itu Tak Suka Bau Daun Ketumbar Walaupun Sangat Baik Untuk Kesihatan

Daun ketumbar atau dalam English coriander.

Pasti ramai tidak menyukai bau dan rasanya, bukan? Cepat mengaku?

Kami sendiri tidak menyukai malah membencinya. Memikirkan daun ketumbar sahaja buat penulis rasa pening dan loya apatah lagi jika makan secara tidak sengaja.

Dalam masakan, daun ketumbar sering digunakan dalam bentuk segar atau dimasak terlebih dahulu. Daun ini ditemui secara meluas dalam masakan Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, Mexico dan Rusia. Hampir semua jenis masakan Thai menggunakan daun, batang dan akar sebagai rempah.

Ramai Benci Hingga Wujud Komuniti Di Media Sosial

Rupa-rupanya bukan penulis seorang sahaja yang tidak menggemarinya. Sebelum ini ada laporan lebih daripada 240,000 orang berkumpul dalam komuniti Facebook yang dipanggil ‘I Hate Coriander‘, di Twitter juga telah wujud hashtag #Ihatecoriander. Sampai begitu sekali kebencian orang ramai pada daun ketumbar ini ye…

Bagi yang tidak menyukainya merasa daun ketumbar seperti sabun pahit. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput! Walhal jangan tidak tahu, daun ketumbar mengandungi antioksidan dan antibakteria.

Tahukah sains ada menjelaskan kenapa ramai orang benci daun ketumbar.

Penjelasan Sains…

Bau ketumbar dipengaruhi oleh kompaun kimia yang digelar linalool. Daun ini sebenarnya memberikan persepsi bau dan rasa yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar dan mempunyai rasa sitrus.

Ini adalah kerana daun ketumbar mengandungi kompaun aldehid tinggi yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal. Aldehid merupakan zat kim1a yang menyebabkan daun ketumbar beraroma khas.

Ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.

Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid. Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.

Jadi anda tergolong dalam gen yang mana?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  :  ISLAM ITU INDAH