Petua Bantu Hilangkan Batuk Dengan Bawang Putih.

“Klinik dah pergi, ubat dah makan, air pun dah minum banyak. Tapi kalau dah lama sangat s4kit, tentu rasa risau terutamanya anak-anak. Apa lagi petua rawat batuk yang selamat yang boleh kita ikhtiarkan?”

Kali ini, kami mendapatkan Puan Farid Farida yang berbesar hati untuk berkongsi petua rawat batuk yang beliau amalkan ketika anak-anaknya diserang batuk dan demam silih berganti.

Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

PETUA RAWAT BATUK DENGAN BAWANG PUTIH

Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat. Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.

Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah. Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti. Mudah-mudahan ia dapat memberi bermanfaat juga untuk orang ramai di luar sana.

BAHAN-BAHAN

7 atau 9 ulas bawang putih

Air 1 1/2 cawan

Gula batu 4-5 biji

CARA-CARA

Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.

1. Rebus

Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.

2. Minum 3 Kali Sehari

Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat sekali rebus untuk 2 kali minum. Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tapi menurut respon daripada post beliau, ada yang pernah buat untuk bayi yang kurang daripada umur 1 tahun, tapi tak menggunakan gula. Cuma rebusan bawang putih. Kuantiti yang diambil juga dikurangkan. Katanya sesuai dan berkesan.

SEMOGA MEMBANTU

Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan. Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber : Sinar