
Penangan terung goreng ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, terung bertuna ini habis licin, laku keras. Nak tahu macam mana cara nak hasilkan Terung Goreng Bertuna Rangup ini?
Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Pn Cik Sue Zakaria. Memang terbaik dan sedap!

TERUNG GORENG BERTUNA
Pergi pasar kebetulan jumpa pulak terung haluih macam peha burung puyuh ni, punya geram terbeli jugak lah ciksue pun..sebab cute sangat.
Maka tergoreng lah haaa terung ni makan dengan sos macam tu je. Tak dan nak makan dengan nasik nak oiii dah habis ngap pun. Mudah sangat bahannya.

Bahan-Bahan:
- Tepung bestari yang pedas
- Tepung gandum
- Tepung jagung
- Lada sulah

Cara-Cara Membuatnya:
1. Kacau tepung tadi agak-agak pekat je. Jangan cair sangat ye.

2. Sumbat terung yang dah dibelah dua dengan tuna. Sebarang tuna pun tak apa.

3. Celup lah peha burung puyuh ni dalam tepung yang dah di bancuh tadi.

4. Panaskan minyak dan goreng.


5. Siap. Sedapnya. Boleh cicah sos dan mayonis sekali.
Sumber: Cik Sue Zakaria Via Pama
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma
