
Selalu terbabas kalau menyimpan. Ini selalu terjadi pada kita. Awal-awal tahun mulalah kita semangat, bila sesak, kita korek tabung tanpa rasa bersalah.
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah
Apa kata tahun baru ini kita mulakan semangat kembali untuk menyimpan dengan cara sendiri. Cara macam mana? Ini cara menyimpan seperti yang dikongsikan oleh Mohammad Yaakub Yusra.

START SIMPAN DARI SEKARANG
Nak saving ni macam-macam cara boleh buat. Salah satunya ikut warna duit ni.
Tapi jangan main simpan ja takut tak ada pulak duit belanja. Pi cucuk ATM RM100, keluar semua RM10 10 keping. Naya pak karim lah nak kena simpan semua haha.
Cuba guna tips ni, tahun depan baru cek tabung.
RM1
Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM365.

RM5
Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM520.

RM10
Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM1040.

RM20
Setiap bulan simpan dua keping sahaja. Total setahun RM480.

Konsep Bulan Genap Dan Ganjil
Lain pula konsepnya dengan kuantiti wang RM50 dan RM100. Ikut konsep ganjil dan genap. Macam mana?

RM50
Simpan ikut bulan ganjil iaitu Januari, Mac, May, Julai, September dan November. Total setahun RM300.

RM100
Simpan ikut bulan genap iaitu Februari, April, Jun, Ogos dan Disember. Total setahun RM600.
Simple!
Sumber: Mohammad Yaakub Yusra Via Pama
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah