Cara Mudah Untuk Sediakan Jeruk Mangga Epal. Pilih Mangga Elok-Elok & Ikut Je Resepi Ni. Krup Krap Rangup!

Jeruk Buah ini menjadi kegemaraan sesetengah orang, lebih-lebih lagi yang suka pada rasa masam. Dah namanya jeruk kan, pastilah Masam. Seperti perkongsian resepi di bawah ini, cara penyediaan Jeruk Mangga Epal ini begitu telitu. Pastikan anda ikut step-by-step okay, untuk bagi ia menjadi.

Terima kasih Rosnah Harun untuk perkongsian resepi Jeruk Mangga Epal ini

Bahan-Bahan:

  • 20 biji mangga epal (kait di pokok je, hasil tanam sendiri)
  • 1 senduk garam
  • 1.5 kg gula
  • 2 sudu air kapur
  • 1 sudu cuka

Cara-Cara Membuat:

1.Rendam mangga dengan garam 1 malam dan letak dalam peti ais dan toskan air.

2.Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.

3.Masak air gula dan sejukkan.

4.Rendam mangga dengan air gula dan cuka, kemudian letak dalam peti ais semalaman. Esoknya dah boleh makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resepi dan gambar: Rosnah Harun Via IcookAsia

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma