
Sedap, ranggup dan lemak! Popia nestum antara kudapan paling diminati oleh anak-anak kecil selain aneka kerepek yang boleh buat sekali makan susah nak berhenti. Bukan anak saja yang suka, orang dewasa pun bila dah mengunyah sedar-sedar boleh habis sebalang.
Dengan bahan-bahannya yang mudah dan cara buat pun sangat ringkas cukup berbaloi. Beli sebungkus kulit popia pun dah boleh dapat beberapa botol.

Perkongsian resepi Nur Amirah A Bakar ini, kira tak menyesal di cuba dan sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Cuma kemanisan itu ikut citarasa masing-masing ya.
Bahan-Bahan
- Kulit popia
- Nestum
- Gula kastor
- Horlicks
- Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara-Cara Membuatnya:
1. Bahan Gam: Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.

2. Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik

3. Blend nestum, horlicks dan gula kastor sekali

4. Goreng popia sehingga kekuningan.

Nota: Gambar baru lepas letak popia dlm minyak. Belum kuning. Make sure masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.
5. Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum

6. Sedia untuk di simpan dalam botol dan boleh terus makan!
Sumber: Nur Amirah A Bakar Via Pama
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma
