Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Ayam Gunting Yang Sedap & Senang Sangat

Petang-petang ni rasa teringin pulak nak makan ayam gunting Uncle Bob tu. Sedapnya rangup-rangup pedas gitu. Biasanya kalau beli satu mesti tak cukup.

Apa kata kita cuba buat sendiri. Mesti lagi banyak dapat jimat kan. Tapi macam mana cara buat ayam gunting sedap macam tu?

Jom kita tengok resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Salimah Olie ni.

Nampak sedap dan sangat menyelerakan!

Bahan-Bahan:

1. Isi dada ayam yang telah dileperkan.

2. Tepung serbaguna bestari (biasa) dan ditambah dengan 1 sudu kecil soda bikarbonat.

3. Telur ayam dicampur dengan sedikit garam dan dipukul manja.

4. Golek isi ayam pada tepung, kemudian celup  dalam bancuhan telur dan golek semula pada tepung bestari tadi.

Cara-Caranya:

1. Goreng dengan menggunakan minyak yang telah panas. Pastikan ayam tadi tenggelam dalam minyak anda (Deep fry).

2. Bila dah masak bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.

3. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Salimah Olie

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma