Siapa yang sempat merasa lempeng kelapa nenek kita masak dulu-dulu pada waktu pagi atau petang? Rasanya sedap bukan main sedangkan bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas.
Makan panas-panas lagi membuka selera. Kalau tiba-tiba terasa nak makan lempeng, jom cuba buat dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Misza Manap di bawah. Makan cicah kari pun sedap, nak makan begitu sahaja pun tetap sedap. Selamat mencuba ya!
“Alhamdulillah arini buat lagi lempeng kelapa + sambal sardin. Fav anak-anak.mintak maaf sangat-sangat sebab lambat edit resepi. Sis seller barangan online. Dari rumah je jadi busy pack dan pos parcel.”
Bahan-Bahan:
- 3 cawan Tepung gandum
- 1 biji Telur gred B
- 1 senduk Kelapa parut
- sesudu kecil Garam
- 2 sudu Marjerin pelangi
- Air (cair dia macam buat kueh ketayap/gulung)
Cara Membuat:
Campur semua bahan-bahan, kacau sampai sebati. Ambil bancuhan adunan dan letakkan atas kuali, biarkan sampai masak guna api perlahan.
Info Ekstra!
- Kalau dah letak marjerin sis tak sapu minyak dekat kuali, memang tak melekat.
- Sis guna pan kecil je dan guna api paling slow. Takde rahsia lain.
Selamat Mencuba.
Sumber: Puan Misza Manap
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma