Cara Mudah Tanam Lemon Hanya Guna Teknik Semaian Daun

Pasti ada yang baru tahu rupanya daun lemon boleh menjadi benih untuk semai pokok. Mungkin ada yang teringin sangat ada pokok lemon sendiri tapi rasa macam susah nak tanam. Jangan risau boleh cuba teknik ini boleh tanam di pasu sendiri lepas ni.

Anda pasti akan berpuas hati kerana kaedah nak tanam pun senang. Yang kita tahu guna keratan batang tapi kalau nak biakkan benih lemon lagi cepat dan banyak boleh guna kaedah semai guna daun.

Teknik Semaian Daun

1. Media semaian adalah tanah kompos atau tanah hitam yang subur. Rendam tangkai daun limau tersebut selama 1 jam dengan menggunakan hormon penggalak akar.

2. Ambil daun beserta tangkainya dari pokok limau atau lemon yg dah matang, jangan ambil yang masih muda sebab ia cepat layu dan peratus hidup dan berakar adalah rendah. Pilih daun yang sihat dan tidak berpenyakit.

3. Tanam tangkai dan daun sehingga separuh ke dalam media tanaman. Siram mengikut keperluan. Jangan terlalu lembap dan kering. Sungkup dengan plastik lutsinar atau tembus cahaya tanpa lubang. Akar akan tumbuh sekitar 4-6 minggu.

4. Apabila akar kelihatan, bolehlah pindahkan ke polybag atau pasu besar. Tunas baru akan keluar di celah-celah batang daun tadi.

Kaedah hasilkan benih melalui daun ini juga boleh dilakukan untuk limau kasturi, limau bali, limau purut.

Semoga perkongsian ini kita dapat buat di rumah. Semoga berhasil

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber: Sifudurian Via Akak Pesan