Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Tiada idea nak nak apa untuk makan tengahari? Jom cuba masak ikan tenggiri masak asam macam ni. Kalau sebelum ni, asyik goreng dengan garam kunyit sahaja kan? Kalau buat masak asam macam ni lebih padu rasanya! Rugi kalau tak cuba, ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di laman Facebook.

Bahan-Bahan:

  • 5-7 keping ikan tenggiri batang.
  • Asam jawa 2 sudu besar dan di bancuh dengan 2 cawan air.
  • Bawang besar 1 biji dipotong bulat.
  • Bawang putih 3 ulas dihiris.
  • Halia 2cm dihiris.
  • Serai 1 batang dikatok.
  • Cili padi merah 7 batang.
  • Cili hijau 1 batang dibelah 6.
  • Gula 1½ sudu besar.
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.

Cara-Caranya:

1. Bersihkan ikan dan gorengkan ikan yang telah digaul bersama kunyit dan sedikit garam.

2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

3. Masukkan serai, cili padi dan cili hijau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasanya.

4. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak sehingga mendidih. Bila dah puas hati semuanya cukup rasa boleh la tutup.

5. Siap. Boleh dihidangkan bersama nasi panas. Sedapnyaa!

Cuba bayang Kan lauk nih makan dengan nasi panas-panas. Agak-agak menambah tak? Dimakan pula bersama sambal belacan. Perghhh. Selamat mencuba.

Sumber: Puan Nurul Ateekah

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma