
SEBAGAI Islam, mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.
Solat itu
tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin
kehidupan kita di akhirat nanti.
Walaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh
mendirikan amal ibadat, buat bekalan di hari mati esok.
Terdetik
penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya kita tentang
menjaga solat serta hubungan kita dengan ALLAH.
Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hu kum-hu
kum solat ketika mendirikan solat.
Kisah
bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk
mendirikan solat Asar.
Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di
dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.
Tergopoh-gapah
penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak
tersebut.
Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut,
sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekung.
Barangkali
bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.
Perlukah Berhenti Berdoa Ketika Azan Berkumandang? – Ustaz Azhar Idrus
Sebelum
menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya
ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.
Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang
bakal berkumandang pada bila-bila masa.
Tidak
sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran.
Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan
terus solat sebaik sahaja azan kedengaran.
Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam
terpaku. Tertanya-tanya sendiri.
Bukankah
solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula huukumnya
mendirikan solat ketika azan?
Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita
denganNYA.
Sebagai
hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan urusan
ibadah kita kepadaNYA.
Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan
untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut.
Dr Mohd Azhar Abdullah namanya.
Beliau
yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa
Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan
tersebut.
Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja
masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja
berkumandang menjadikan solat tersebut sah.
Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.
“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.
“Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah tersebut.
“Islam
tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan
menyebabkan makruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara yang
ALLAH tidak suka.
“Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan
masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala itu
tidak cantiklah,” katanya lagi.
Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah.
“Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.
“Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama’ ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : nasihatustazz.blogspot.com