Rugi Kalau Tak Cuba Resepi Buko Pandan Yang Popular Dan Menyegarkan Tekak Anda Ini.

Hidangan popular dari Filipina iatu Buko Pandan ini nampaknya semakin dikenali ramai pada tahu 2021. Antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai ini antara bahan asas nya iaitu Santan dan ia membuatkan hidangan bertambah lemak berkrim. Rugi betul kalau tak try.

Terima kasih Rara Zabidin untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂

See more

Bahan Untuk Kuah:

  • Susu sejat 1 tin
  • Susu pekat 1 tin
  • Santan kotak 1 kotak
  • Air kelapa muda 1 cawan *optional nak letak atau tak nak
  • Secubit garam halus
  • *Satukan semua ni, kacau rata.

Bahan Kering:

  • Agar-agar kering 1 paket
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan 1 simpul
  • Gula 2 sudu besar.
  • *Masak agar-agar dengan bahan-bahan di atas. Sejukkan dan potong ikut suka.
  • Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)
  • Sagu (masak sagu sehingga jernih, sejukkan)
  • Jagung kernel 1 tin (optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim tau)
  • Cumi/Nata de coco (optional)

Cara Penyediaan:

Satukan bahan kering dengan kuah. Simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk memang sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit: Rara Zabidin (Facebook) Via I Cook Asia