Masakan Sup Ayam ini sama seperti lauk-lauk yang lain dimana banyak atau pelbagai versi cara memasaknya mengikut pada setiap individu. Maklumlah, cara membesar dan belajar masak pun berlainan kan. Tetapi, tidak salah untuk kita cuba masak cara orang yang lain. Mungkin kita boleh bezakan rasanya dan menambahkan resipi tersebut?
Seperti perkongsian resipi di bawah, seorang pengguna Facebook ini memasak Sup Ayam dengan cara dan bahan yang mudah untuk didapatkan. Tambahan pula, tidak menggunakan Sup Bunjut pun. Nak tahu rasanya macam mana, boleh la cuba!
Terima kasih Razzi Hajemi untuk perkongsian resipi Sup Ayam ini 🙂
Cara Penyediaan:
1. Cuci ayam sehingga bersih
Bahan Tumis
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan 4 rempah sekawan. Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan kentang dan carrot yang telah dipotong.
3. Goreng sehingga nampak lembut dan masukkan ayam. Goreng ayam hingga kekuningan.
4. Masukkan 1/2 kiub ayam dan garam secukup rasa.
5. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
*Nak lagi sedap tambah daun sup (kalau tiada pun tak mengapa)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit: Razzi Hajemi (Facebook) Via icookasia