
Sambal petai bilis ni, makan dengan nasi panas ni memang bertambah la kan. Kalau anda peminat petai, lepastu tiada selera pula sekarang, boleh makan dengan sambal ini. Confirm selera datang balik.
Terima kasih Shiqa Yusof untuk perkongsian resipi Sambal Petai Bilis ini š
Bahan-Bahan:
- Cili api hijau
- Cili besar hijau
- Bawang merah blend
- Bawang putih blend sekali dengan cili
- 1 genggam ikan bilis
- Asam keping
- Petai
- Ikan bilis (digoreng)
Cara Memasak:
1. Kisar kering ikan bilis. Goreng juga ikan bilis. Asing dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih bersama cili. Kisar pula bawang merah.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili.
4. Masukkan garam, asam keping dan bilis yang dikisar tadi.
5. Bila sudah agak masak, masukkan petai, kemudian ikan bilis yang sudah digoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! š
Kredit: Shiqa Yusof (Facebook) Via ICookAsia