Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

Kalau nak pastikan roti habis sebelum tamat tempoh, ibu-ibu boleh cuba buat roti telur berhantu ini. Dijamin habis licin anak-anak makan.

Senang pulak tu nak buat, hanya perlu menggunakan roti, susu dan telur. Langkah-langkahnya juga senang yang amat!

Selepas ini tiada lagi roti terbuang kerana tidak habis sehingga roti tamat tempoh dan menjadi berkulat.

Cara Buat Roti Telur Berhantu

Bahan-Bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu pekat

 

Cara-Cara:

1. Potong roti kepada empat bahagian.

2. Pecahkan telur dan masukkan susu pekat. Kacau sebati.

3. Celup roti kedua-dua belah.

4. Goreng tanpa minyak atau kurangkan minyak.

5. Bila warna dah nampak cantik keperangan, boleh angkat.

6. Sedia untuk dimakan waktu panas-panas.

Kredit: Bahiah Saripuddin  Via Myresipi