Resepi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

Tiada idea nak masak apa untuk menu petang? Apa kata jom cuba resepi lempeng kelapa parut lemak manis ini.

Ada satu petua nak buat lempeng supaya lebih sedap dan berlemak iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan.

Nak cuba? Ikut saja resepi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.

CARA BUAT LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS

Bahan-Bahan:

  • Kelapa parut 250gm
  • Tepung gandum 500gm
  • Baking powder 5gm
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 150gm (boleh tambah)
  • Telur 2 biji (optional)
  • Air biasa (sukatan agak-agak)

Cara-Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).

2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.

3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.

Siap, selamat mencuba!

Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak.

Kredit: Jejaka Brownie Via Myresipi