Resepi Mudah Ayam Buttermilk Pedas Yang Sedap & Tak Muak!

Boleh cuba masak sendiri resepi ayam buttermilk pedas ni. Mudah sangat nak buat. Gerenti sedap dan tak muak. Lihat cara-cara memasaknya di bawah.

Resepi Spicy Buttermilk Chicken

Bahan-bahan:

  • Ayam (bahagian dada)
  • Tepung bestari spicy + serbuk cili
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Susu cair
  • Serbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara Memasak:

1. Celup ayam (bahagian dada) ke dalam campuran tepung bestari spicy + serbuk cili dan air.

2. Kemudian celup pula ke dalam tepung bestari spicy (pastikan tepung kering bersalut rata).

3. Goreng ayam sehingga keperangan macam ni (rujuk gambar)

4. Untuk buat kuah, cairkan butter.

5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan daun kari dan cili padi.

6. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.

7. Lebihkan cili padi untuk lebihkan pedas. (kalau tak nak tambah cili lagi pun takpe)

Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resepi & Foto: ASH (FoodHunter) @Ashril_92

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti