Lemak & Lembut! Cara Buat Kuih Seri Muka Pandan Ikut Sukatan Cawan. Gerenti Jadi!

Resipi Kuih Talam Seri Muka terbaik dan mudah untuk dicuba. Menggunakan perisa dari air daun pandan asli menaikkan lagi aroma dan rasa sedapnya. Jom buat untuk sarapan atau minum petang nanti. Sangat puas hati!

Bahan-bahan Bahagian Bawah:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara Memasak:

  1. Cuci beras pulut & toskan.
  2. Ratakan beras pulut dalam talam/loyang.
  3. Masukkan santan yang telah diberi sedikit garam.
  4. Kukus dalam talam/loyang selama 25minit
  5. Kemudian angkat dan penyek2 pulut bagi padat

Bahan-bahan Bahagian Atas:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • Setengah cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan2 dan blend supaya adunan halus.
  2. Kemudian masukkan ke atas pulut yg telah dipadatkan tadi.
  3. Kukus selama 30 minit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Nota Memasak: Boleh guna cawan apa2 asalkan sukatan bahan menggunakan cawan yang sama.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : SuiSan Aliezsha

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti