Boleh cuba resipi ayam goreng crispy ala KFC McD ni. Resipi perkongsian dari Chef Hafiz Zam. Sangat sedap. Rangup di luar dan juicy di dalam. Puas hati makan.
RESIPI AYAM CRISPY ALA KFC McD
Bahan-bahan Perapan Ayam:
- 1kg Ayam (Semua jenis ayam)
- Bawang putih-(Blend)
- Tepung Gandum 150g(Ikut banyak ayam)
- Tepung Jagung atau Tepung Beras
- 80g. (Ikut banyak ayam)
- Garam (Secukup Rasa)
- Chicken Stock (secukup rasa)
- Telur 6biji (ikut banyak ayam)
- Serbuk cili 80g (Jika Nak Spicy)
- Blackpapper (Jika mahu rasa blackpapper)
- Air 80 ml (Ikut banyak ayam)
Cara Buat Perapan Ayam:
- Campurkan semua bahan kecuali ayam
- Gaul bahan perapan hingga sebati
- Masukkan ayam yang telah siap dipotong ke dalam bahan perapan yang digaul sebati tadi
- Perap ayam selama 1 jam. Tunggu hingga perapan masuk sempurna.
Resipi Tepung Ayam (Ala KFC McD)
Bahan-bahan Tepung:
Untuk Ayam 1 kg
- Tepung Gandum 300g
- 150g Tepung jagung atau tepung beras
- Serbuk Cili (Jika mahu spicy)
- Garam (Secukup Rasa)
- Chicken Stock(Secukup Rasa)
- Blackpapper (Jika Mahu rasa blackpapper)
***Gaul sebati semua bahan-bahan tepung di atas untuk disalut pada ayam nanti
Cara Goreng Ayam Crispy:
- Ambil ayam dah siap perap tadi dan salut rata dengan tepung
- Goreng dalam 15 minit
macam tu (bergantung pada saiz ayam)
***Pastikan minyak panas dan api jangan terlalu kuat. - Bila dah nampak kekuningan macam dalam gambar ni, boleh angkat.
- Siap untuk dinikmati
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi: Chef Hafizzam / Hafiz Zam
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti