Kuih apam, antara yang senang untuk dibuat dan cepat siap. Resepi apam pandan coklat ini memang berbaloi untuk dicuba.
Resepi yang dikongsi Fatin Bakery ini, dikukus dengan menggunakan api sederhana selama 10 minit sahaja.
APAM PANDAN COKLAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung kotak (blue key) atau tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- (tepung dan baking powder dicampur keduanya)
- 250ml santan kotak (Kara)
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu ovelette
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu kecil esen pandan (pes pandan)
- 1 sudu besar serbuk koko
CARA-CARA:
1. Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna putih.
2. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli, mix sampai semua bahan sebati dan gebu.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan dengan campur pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati.
3. Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti.
4. Gunakan sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis.
5. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit sahaja. Jangan lebih masa ye.
6. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam.
Kredit: Fatin Bakery Via rasa