
Teksturnya yang lembut, rasanya yang berlemak dan manis-manis kenyal serta aroma pandan menjadikan kuih tako sagu ini sedap di nikmati. Kuih tako sagu antara kuih yang menjadia permintaan khususnya di bulan Ramadhan.
Jika anda ingin cuba buat sendiri kuih tako sagu ini anda boleh ikuti perkongsian resepi opah Mas Cotek ini. Pasti menjadi dan puas hati.
Mari ikuti perkongsian opah di bawah ini.
RESEPI TAKO SAGU
Gigih le konon nak buat mangkuk tako. Hambek herot benyot komer oii. tq Surie Abdullah tag dekat ig kuih ni. Oeh kerana surie petik nama dekat page siam ,boleh agak apa dia. Ate mencaghi ler resepinya, ehh lebih kurang dengan Ben Safwan jer. Ok ben opah ambik resepi kamu yer, tapi hat ni opah bubuh le jagung sikit. ok kira jadi lah yer.
BAHAN SAGU :
- 1/2 cawan sagu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan jagung manis
- 2 helai pandai disimpul
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air bersama pandan
2. Masukkan sagu, kacu sebati
3. Masukkan jagung, masak sehingga jagu jernih
4. Tuang ke dalam acuan/kelongsong/bekas yang sesuai
5. Sejukkan
BAHAN KEPALA SANTAN :
- 250ml santan – (dari sebiji kelapa parut)
- 2 sdb tepung jagung
- 4 sdb gula
- 1/2 sdt garam
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk satukan kesemua bahan hingga sebati /tapis jika perlu
2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat
3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan
Siap dihidangkan
Sumber/Foto : Mas Cotek Via Viral Malaysia Ku