Resepi Mudah Buat Kuah Rojak Laku Keras & Paling Sedap!

Petang-petang sambil berborak, sedap kalau ada rojak buah. Lagi best, bila kuah rojak ada pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.

Menerusi perkongsian cara buat kuah rojak oleh Muliadi Ramli ini, cara membuat kuah rojak sangat mudah dan simple.

ROJAK BUAH TERENGGANU

 

BAHAN KUAH ROJAK:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji cili padi/thai
  • Belacan sebesar ibu jari (bakar sikit)
    *bahan di atas dikisar halus
  • 1 keping nisse (besar)
  • 2 senduk kicap manis
  • 1 senduk sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa
  • Biji bijan | disangai
  • Kacang tanah | disangai & ditumbuk
  • 2 sudu besar petis udang
  • 1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

 

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan bahan kisar dan nisse dalam kuali. Biar mendidih dan cair.

2. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.

3. Masukkan bijan dan kacang tanah. Kacau sekejap. Masukkan gula putih dan garam serta perasa.

4. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang dikehendaki. Siap kuah dan ketepikan.

 

UNTUK BUAH (BOLEH GUNA IKUT SUKA)

  • Ubi sengkuang
  • Timun batang
  • Nenas
  • Mempelam muda
  • Belimbing

 

CARA HIDANG:

1. Boleh potong ikut suka. Ambil buah yang dipotong, letakkan kuah. Tabur kacang tanah. Siap untuk dimakan.

2. Kuah rojak mesti rasa pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.

Kredit: Muliadi Ramli Via Rasa