Jom cuba resipi mudah Ayam masak lemak cili api ni. Sangat menyelerakan. Rasa lemak santan dia kaww pekat melekat. Ayam masak lemak cili api merupakan masakan melayu yang paling simple dan senang masak. Kalau dapat ni dengan nasi panas-panas, memang terbaik!
Resipi Ayam Masak Cili Padi
Bahan-bahan :
- Ayam 1 ekor
- Bahan diblend kasar/ditumbuk
- Bawang merah 5 ulas
- Cili hidup merah 8 tangkai
- Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
- Kunyit hidup agak agak setengah inci
- Garam
- Ubi Kentang 1-2 biji (dibelah 4)
- Santan pekat setengah cawan
- Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tp klau takde, santan kotak pn takpe)
Cara Penyediaan:
- Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk .
- Masukkan ayam, ubi kentang dan santan cair.
- Kacau dengan api perlahan smpai mendidih.
- Lepas mendidih masukkan santan pekat.
- Tunggu smpai mendidih lagi sekali dan baru masukkan tomato serta taburkan daun kunyit. Kalau pekat sangat boleh tambah air. Ikut selera masing-masing.
- Biarkan seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi : Mastura Mukhtar
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti