
Muffin pandan antara resepi yang paling mudah nak disediakan, lebih mudah jika mama hanya menggunakan air fryer sahaja untuk membakar kuih ini. Jom ikuti resipi ringkas ini.
Pandan muffin
Resepi dia mudah je, lembut gebu, sedap pulak tu tapi jangan tuang penuh kalau tidak…

Bahan-bahan:
(untuk 15 biji)
A: 1 1/2 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3/4 cawan gula
1 telur
1/4 sudu teh pewarna pandan
B: 2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
Cara-cara:
1. Campurkan bahan A. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan
B.
2. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, isikan kira-kira 3/4 daripadanya.

3. Panaskan air fryer hingga 150 darjah selama 3 minit.
4: Masak selama 15 minit.

Sumber Resipi & Gambar: Nur Filzah Akma