Tips Cuci Siput Sedut Sehingga Hilang Lumpur & Segala Lendir, Memang Berhasil Lah!

Siput sedut ini antara makanan kegemaran sesetengah masyarakat kita, lagi-lagi apabila siput sedut itu dimasak gulai lemak cili padi memang nikmat lah. Tetapi kebiasaannya mereka akan beli siap terus di kedai, dan tidak ramai tahu cara sebenar cuci siput sedut ini.

Sekiranya korang beli siput sedut yang masih hidup, pada badannya akan penuh dengan lumpur dan sangat berlendir. Jadi anda memerlukan cara yang betul untuk memastikan semua lumpur dan lendir tersebut betul-betul hilang, baru lah boleh dimakan. Jom cuba tips ini.

1. Rendam

Selepas sahaja anda membeli siput sedut, anda perlu rendamkannya selam 7-8 jam atau sebaiknya 24 jam supaya lumpur dan lendirnya mudah ditanggal.

2. Potong hujungnya

Selepas anda merendam siput sedut, anda perlu mencuci segala lumpur dan lendir di badannya sehingga bersih dan perlu memotong hujung badannya. Anggaran untuk memotongnya adalah di antara 2 atau 3 gelung hujung badannya, ia adalah untuk memudahkan anda menyedut siput itu nanti.

3. Cuci

Selepas selesai memotong hujung badannya, anda perlu mencucinya lagi sehingga betul-betul bersih dan air rendaman menjadi jernih. Cuci sekurang-kurangnya lebih daripada 8 kali.

Sumber: Sue Hyda Aqil