Asyik makan lauk kuah santan, sup ayam atau masak sambal, apa kata buat masakan ala Thai. Barulah selera bertambah.
Tambahan pula sekarang ni tak digalakkan kerap keluar rumah. Jadi buat aje resipi lain dari lain supaya keluarga tak jemu.
Apa kata cuba resepi chicken mango ni. Rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah memang sekejap je habis dijamah keluarga. Nak ratah pun boleh!
Ikuti perkongsian resipi ni.
RESEPI CHICKEN MANGO PALING SIMPLE & SEDAP
I) UNTUK AYAM
BAHAN-BAHAN
- Isi ayam (bahagian peha / dada)
- Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
- Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
- Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA
- Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
- Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
- Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
- Goreng hingga kekuningan(deep fry)
II) UNTUK SOS & DRESSING
BAHAN-BAHAN
- Mangga muda
- Carrot
- Daun ketumbar
- Sedikit bawang besar
CARA-CARA
Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.
III) UNTUK SOS
BAHAN-BAHAN
- Plum sos
- Sos tomato
- Sos Thai
- Gula
- Cili api potong
- Perahan jus limau nipis
- Sedikit bijan (jika suka)
CARA-CARA
- Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
- Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
- Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.
Siap! Selamat mencuba!
Sumber: Hawa Qalisha Ikin & Iza Farishaa via MAHN Via Keluarga
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti