
Masakan mi goreng antara yang juadah yang paling senang dan cepat untuk dihidangkan kepada keluarga.
Kena pula dengan mi goreng basah yang menyelerakan, memang bertambahlah makannya.

Tapi macam mana nak bagi mi goreng basah bertambah sedap? Jom kita buat ikut resipi dan tips masakan oleh Suhasnida Ismail yang diperoleh daripada ibu mertuanya.
MI GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi kuning
- Minyak untuk menumis
- 8 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holland
- 2 sudu besar cili kering kisar
- Lauk – ikut citarasa termasuklah ayam cincang/udang/daging/telur
- Sayur – sawi/tomato
BAHAN SOS & PERASA:
- 5 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1sudu besar sos ikan
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 sudu besar gula atau secukup rasa
- ½ sudu teh ajinomoto (jika suka)
- 1/2 cawan air
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Kacau rata.


3. Masukkan lauk pauk. Tumis lagi. Letak sedikit air dan semua sos. Kacau sebati.






4. Udang masuk kemudian pun tak apa.

5.Pecahkan telur dan masukkan mi. Kacau lagi sehingga semuanya bergaul rata.

6. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!

*TIPS NAK MI GORENG SEDAP:
1. Guna sos-sos dengan mencukupi, jangan kedekut bahan.
2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang
sedap sangat!
3. Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar-kasar.
4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mi. Ia lagi membangkitkan rasa.
Kredit resipi: Suhasnida Ismail