
Sedapnya Jeli Kelapa Muda ni. Manis, lembut dan sejuk membuatkan manisan ini sangat enak dimakan dikala cuaca panas. Cara membuatnya pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Nak cuba? Saudari Zuria Zubir ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI JELI KELAPA MUDA SEDAP



BAHAN-BAHAN:
- 7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
- 1 jug besar air kelapa
- 8 cawan air
- 2 cawan gula
- 1 paket serbuk jeli kelapa
- 3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.


2. Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.

3. Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.

4. Masukkan juga daun pandan.

5. Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.

6. Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.

7. Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zuria Zubir
Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom