Ada yang kata lelaki Melayu ini tak romantik. Tak pandai bergur4u senda dengan pasangan. Dah bertahun kahwin pun, nak pimpin tangan isteri masih m4lu-m4lu.
Bukan suami m4lu, tapi merasakan semua itu tak perlu. Fikirnya, cinta pasangan tak akan berubah dan sentiasa mekar di hati. Walhal mahu kekal bahagia dan romantis pasangan suami isteri perlu berusaha.
Apakah usaha yang perlu mereka lakukan? Pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, ustaz Mohd Fikri Che Hussain berkongsi pandangan dengan Mingguan Wanita.
Sentiasalah Bergur4u Senda Suami Isteri
Semua orang tahu hidup ini tak pernah sunyi dari masalah. Cubaan dan cabaran yang dilalui manusia dalam hidup sering membuatnya berasa terpinggir sehingga sukar untuk mengatasinya.
Oleh itu manusia sangat memerlukan sesuatu yang dapat memberi kehidupan dan semangat untuk bekerja agar hilang segala rasa bos4n dan jemu dalam menghadapi kehidupan seharian.
Bagi tujuan itu, Islam membenarkan adanya gur4u senda dalam rangka untuk melahirkan suasana yang penuh kegembiraan dan kasih mesra antara suami isteri. Gurau senda ini penting bagi melahirkan rasa harmoni dan menambahkan kasih sayang antara kedua pasangan.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri dalam kehidupan Baginda sering sahaja bergur4u senda dengan isterinya terutama ‘Aisyah yang dirakamkan menerusi hadis-hadis Baginda SAW seperti kisah berlumba lari, kisah mengangkat ‘Aisyah untuk menonton persembahan tarian tombak Habsyah dan sebagainya.
Maka semua gur4u senda yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu boleh meneguhkan rumahtangga yang sentiasa bahagia.
Segala kelangsungan hubungan rumahtangga dengan gur4u senda dan mencipta iklim yang menyenangkan penuh dengan senyum dan hilai tawa itu akan lebih menceriakan kehidupan sebenarnya.
Berlemah Lembut Ketika Menggauli Isteri
Suami sememangnya perlu bersikap lemah lembut kepada si isteri sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu sabdanya, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]
Tentunya akhlak yang terbaik adalah kepada orang yang sering didampinginya iaitu isterinya, bukan hanya kepada rakan sahaja atau kenalan yang rapat sahaja dia berakhlak tetapi dengan isteri bersikap sebaliknya.
Hanya sewaktu ingin menggauli isterinya sahaja bersikap baik dan menunjukkan tingkah laku lemah lembut dan sebagainya.
Sepatutnya, jadilah seperti Rasulullah SAW yang bersabda dalam sebuah hadis, “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang berbuat baik kepada isteriku.” [Diriwayatkan oleh Ibn Majah]
Jangan M4lu Mandi Bersama
Pasangan suami isteri dibolehkan mandi bersama dalam satu tempat dan suami isteri juga dibolehkan saling melihat aurat masing-masing.
Ini berpandukan kepada riwayat dari ‘Aisyah yang mengatakan bahawa ‘Aisyah tidak pernah melihat aurat Rasulullah SAW adalah riwayat yang batil, kerana di dalam sanadnya ada seorang pendvsta.
Malah Nabi SAW sering mandi bersama para isteri Baginda seperti ‘Aisyah dan juga Maimunah r.anhuma.
Berhiaslah Untuk Suami.. Jangan Takut Lakukannya
Dalam bab berhias diri si isteri kepada suaminya, maka ia sebenarnya tidak terbatas. Ini kerana kedua mereka tidak ada lagi batasan aurat dan mereka adalah halal sepenuhnya.
Pergaulan antara suami isteri dikira mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Taala dan tidak juga terhad hanya pada malam Jumaat sebagaimana tanggapan sesetengah masyarakat kita.
Setiap perkara yang halal itu akan diberi pahala yang besar sebagaimana perbuatan z1na yang h4ram tanpa perkahwinan yang sah itu dikenakan d0sa besar.
Ini disebabkan persoalan perkahwinan ini adalah satu anjuran yang amat digalakkan kepada kaum muslimin bagi meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih