13 Waktu Terbaik Dimakbulkan Doa Mohonlah Doa Kepada ALLAH

13 Waktu Terbaik Dimakbulkan Doa Mohonlah Doa Kepada ALLAH Di Waktu Ini | Waktu Terbaik Doa Dimakbulkan, Itu cerita Heliza Helmi, mak-mak pun tentu-tentulah ada cerita rezeki yang tak disangka-sangka tersendiri.

Barangkali lebih hebat lagi Allah beri. Kadangkala berdialog dengan Allah itu perlu. Bermohon denganNya bukan sekadar selepas solat. Sebenarnya ada waktu-waktunya yang mana Allah akan makbulkan doa kita.

1. Semasa Bersahur / Sepertiga Malam Terakhir
Seperti yang Allah katakan dalam Al Quran, Dia mencintai hambanya yang berdoa di sepertiga malam. Iaitu ketika bangun malam bertahajud mahupun mengerjakan solat sunat yang lain.

“Ketika sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampun” Surah Az Zariyat, ayat 18) Hadis pula menyatakan “Rabb kita turun ke langit dunia sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya.

Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni” (hadis riwayat Bukhari no.1145, Muslim no.758)

2. Ketika Berbuka puasa
Inilah keberkatan orang yang berpuasa iaitu Allah makbulkan doanya. “Ada tiga doa yang tidak ditolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi” (hadis riwayat Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no 1752, Ibnu Hibban no. 2405, disahihkan Al Albani di sahih At Tirmidzi)

3. Semasa Malam Lailatul Qadar
Pada malam itu perbanyakkanlah doa. Seperti yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah R.A : “Aku bertanya kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Sabda Rasulullah:

Berdoalah (Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku) (hadis riwayat Tirmidzi, 3513, Ibnu Majah, 3119, At Tirmidzi berkata: “Hasan Sahih”)

4. Ketika Laungan Azan
Semasa azan berkumandang, berdoalah kerana ini waktu mustajab untuk berdoa. Sebagaimana sabda Rasulullah : ‘Doa tidak ditolak pada dua waktu, iaitu minimal kecil kemungkinan tertolaknya.

Iaitu ketika azan berkumandang dan saat per4ng berkec4muk, ketika kedua kubu saling menyer4ng” (hadis riwayat Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Sahih”)

5. Di Antara Azan Dan Iqamah
Berdoalah di antara waktu ini kerana rasulullah bersabda, “Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (hadis riwayat Tirmidzi 212, ia berkata: “Hasan Sahih)

6. Sujud Semasa Dalam Solat
Sabda rasulullah SAW: “Seorang hamba berada paling dekat dengan tuhanNya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (hadis riwayat Muslim, no 482).

7. Sebelum Memberi Salam Dalam Solat Wajib
Rasulullah bersabda: “Ada yang bertanya ; Wahai Rasulullah, bila doa kita didengar oleh Allah? Sabda nabi : “Di akhir malam dan di akhir solat wajib” (hadis riwayat Tirmidzi, 3499)

8. Pada Hari Jumaat
Dalam sabda Rasulullah : “Rasulullah menyebut tentang hari Jumaat kemudian beliau bersambda; ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’.

Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut.” (hadis riwayat Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Huraidah RA)

9. Waktu Hujan
Hujan itu nikmat tuhan. Jangan sesekali mengelvh, mervngut bila hujan turun. Sebaliknya berdoalah.

“Doa tidak tertolak pada 2 waktu iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun’ (hadis riwayat Al Hakim, 2534, disahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’. 3078)

10. Hari Rabu Antara Zohor Dan Asar
Keterangannya diceritakan oleh Jabir bin Abdillah RA: “Nabi SAW berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabulah doanya dimakbulkan, iaitu di antara dua solat.

Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir “ “Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa dan saya mendapati dimakbulkan doa saya”

11. Pada Hari Arafah
Pada hari ini para jemaah haji melakukan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Disarankan banyakkan berdoa, baik jemaah haji mahupun seluruh umat Islam yang tidak menunaikan haji. Sabda Rasulullah:

“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (hadis riwayat At Tirmidzi, 3585. Disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi)

12. Semasa Per4ng
Dalil hadis diterangkan dalam tip no. 4. Ketika ini mereka yang ke medan per4ng sedang berjihad di jalan Allah, jadi doa mereka tidak dihijab oleh Allah.

13. Semasa Minum Air Zam-zam
Ini sabda Rasulullah SAW: “Khasiat air zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (hadis riwayat Ibnu Majah, 2/1018, disahihkan Al Albani dalam Sahih Ibni Majah, 2502)

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih