Lelaki Ini Kongsi Resepi Mee Kuah Udang Mudah, Nampak Sedap!

Resepi Mee Kuah Udang perkongsian saudara Muhamad Ismail Mohd Ali nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak sukar diperolehi.

Bagi anda yang menggemari sajian mee yang berkuah sebegini, bolehlah mencuba resipi mudah ini. Pasti puas hati dan tidak menyesal dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI MEE KUAH UDANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Udang kertas laut secukupnya
  • Kulit & kepala udang
  • 2 biji bawang merah – hiris – beli online disini
  • 4 ulas bawang putih – beli online disini
  • 3-4 sudu makan cili kisar – beli online disini
  • 6 sudu makan sup tomato – beli online disini
  • Sawi secukupnya
  • 1 paket mee kuning
  • Fishcake jika suka
  • Telur rebus
  • Daun bawang – hiris
  • Cili merah – hiris
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Ambil kulit, kepala udang kemudian goreng. Kemudian kisar dan tapis air kisaran kulit dan kepala udang tersebut.

2 Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar.

3 Bila sudah pecah minyak, masukkan air kisaran udang tadi. Tambahkan air ikut kesesuaian nak kuah cair atau pekat.

4 Seterusnya masukkan sup tomato. Kacau sebati.

5. Bila kuah telah mendidih, masukkan udang.

6. Masukkan juga hirisan sawi, garam dan sedikit penambah perisa. Sesuaikan jumlahnya ikut selera.

7. Seterusnya masukkan mee. Sebatikan dan biar mee masak.

8. Angkat dan hidangkan Mee Kuah Udang bersama telur rebus, fishcake (jika suka), hirisan cili dan hirisan daun bawang.

9. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali Via Rasa