
Bila cerita bab rendang, memang sedap kalau dapat makan rendang daging dengan nasi impit atau nasi panas-panas. Memang bertambah-tambah makannya.
Menerusi perkongsian daripada Azlina Ina, resepi ini mudah untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama.
RENDANG DAGING REMPAH CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris sederhana tebal, basuh bersih, ketepikan
- 2 peket kerisik
- 1 kotak santan (250ml)
- Daun kunyit | hiris
- Serai | hiris
- Air asam jawa
- Garam
BAHAN REMPAH:
- 5 sudu besar biji ketumbar
- 3 sudu besar jintan putih
- 2 sudu besar jintan manis
*sangai bahan rempah dan sejuk, kemudian baru tumbuk atau kisar ya


BAHAN PES:
- 30-40 batang cili padi hijau (pedas boleh adjust sendiri ye, ikut berapa banyak nak guna)
- 2 labu bawang besar | belah 6 atau 8
- 4-5 ulas bawang putih
- 3-4 batang serai | hiris
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- *kisar bahan pes dengan sedikit air

CARA-CARA:
1. Tuang minyak di dalam kuali tapi jangan banyak sangat. Tumis pes sampai naik minyak.
2. Masukkan rempah dan sedikit air. Kacau lagi sampai naik minyak semula.

3. Masukkan daging dan terus tutup bila keluar air daging dan daging menjadi kecut.
4. Kemudian, baru tambah air dan sedikit garam dan perasa. Biarkan daging sampai empuk.

5. Tambahkan kerisik dan santan. Kacau-kacau. Biarkan mendidih dan pekat.

6. Masukkan daun kunyit dan serai yang sudah dihiris. Gaul sebati dan tambah air asam jawa.
7. Masa ni, gaul rata dan boleh rasa dah sama ada tak cukup garam atau tak. Kalau agak masin, boleh tambah santan.

*rendang daging ini boleh buat berkuah atau kering ya. Kalau kering, kena kurangkan garam masa awal-awal letak tadi.
Sumber: Azlina Ina Via Rasa