Kebiasaannya kita makan nasi lemak yang berwarna putih sahaja. Tetapi istimewanya di Kedah, nasi lemaknya berwarna kuning dan dimasak dengan menggunakan kaedah tumis.
Menerusi perkongsian daripada Nor Asiah, resepi nasi lemak kuning daripada arwah ibunya ini tidak menggunakan santan.
CARA BUAT NASI LEMAK KUNING
BAHAN-BAHAN BERAS:
- 2 tangkai daun kari*
- Bawang kecil | hiris*
- Bawang putih | hiris*
- Halia*
- 4 sekawan* (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- Daun pandan*
- Sedikit serbuk kunyit*
- 2 @ 3 sudu besar planta (ikut citarasa masing-masing, kalau nak moist letak lebih, kalau nak kering, letak sedikit)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Kiub pati ayam
- Garam
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Tumis bahan yang bertanda * di dalam periuk hingga wangi. Kemudian masukkan air, garam dan sedikit kiub ayam maggi. Kacau-kacau.
2. Bila air mendidih, masukkan beras. Masak hingga masak.
3.Bila dah masak, buka tudung periuk dan masukkan planta. Tutup kembali tudung periuk. Biar selama 4 minit. Buka dan kacau-kacau.
*saya masak nasi menggunakan rice cooker.
BAHAN UNTUK SAMBAL:
- Cili kering | kisar
- Bawang besar + sedikit belacan | kisar
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos cili
- Bawang putih | diketuk
CARA CARA MEMBUATNYA:
1. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau-kacau.
2. Masukkan bawang kisar, sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sedikit air, sedikit air asam jawa dan garam.
4. Bila dah mendidih, boleh masukkan lauk apa yang suka sama ada udang, ikan atau sotong.
5. Bila nak makan, bolehlah hidangkan nasi lemak bersama ikan bilis goreng dan telur rebus.