Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh iaitu tentang akhirat, syurga, reda Allah, bukan semata-mata hal-hal dunia. Hal ini kerana perkahwinan yang dibina biarlah berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun soal jodoh, ia satu yang m1steri kerana tiada siapa yang tahu dengan siapa seseorang itu akan dijodohkan.
Melalui perkongsian Syahr Musafir II dia berbicara tentang jodoh.
Seorang gadis meluah perasaan risau, “Saya faham pada usia sebegini, saya sudah sesuai bernikah. Tetapi, t4kutlah. Takut salah pilih. Orang lelaki sekarang nampak je baik, tetapi hati dan perangai dia yang sebenar, lepas kahwin baru tahu. Takut nanti luar nampak soleh, tetapi sebenarnya kuat marah dan kaki pukul isteri. Ada juga memang baik luar dan dalam, tetapi selepas nikah baru tahu si lelaki tu pengotor, atau si suami tu cerewet tentang makanan, atau macam-macam lagi yang tak sesuai dengan diri kita ni. Risau nak jadi isteri. Takut, takut salah pilih suami…”
Datang pula seorang pemuda kacak bergaya meluah persoalan yang terngiang-ngiang dalam kepala, “Saya risau juga takut salah pilih gadis untuk dijadikan isteri. Nampaknya dah cukup baik, pakaian menutup aurat, datang dari keluarga yang baik-baik, rupa pun cantik, saya cukup berkenan. Hari itu saya beritahu ibu bapa saya, mereka pun berkenan. Tetapi saya takut apabila fikir tentang dia adalah anak tunggal, saya pun anak tunggal. Takut ada masalah kesuburan, siapa tahu kami ada ‘masalah genetik’ ke apa ke, takut nanti kami tak dapat anak… Kalau dapat anak pun, takut juga tak dapat ramai anak…”
Setiap kali, saya cuba mendengar dengan tenang, cuba senyum, walaupun hati, akal dan mulut mahu cepat-cepat menuturkan pandangan saya.
TAK ADA KEYAKINAN
Seterusnya, seorang wanita solehah yang sudah bergelar isteri kepada seorang suami yang soleh mengadu, “Setiap lelaki ada peluang untuk kahwin lagi, sehingga ada 4 orang isteri, kan? Saya takut nanti suami saya berkahwin lagi, adakah saya mampu untuk hidup bermadu dan berkongsi suami? Saya takut nanti kalau suami saya berpoligami, suami akan tinggalkan saya dan hidup bersama isteri baru…”
Seorang lelaki yang sudah berusia lebih 40 tahun membuat pengakuan, “Saya tak kahwin sampai sekarang, sebab saya frust dan kecewa dengan cinta pertama. Saya nak kat dia, dia pula kahwin dengan orang lain. Frust menonggeng saya ni, tak kahwin-kahwin sampai sekarang…”
Saya hanya mampu senyum, sebelum saya memberikan pandangan saya:
Kita sebenarnya berbuat SILAP.
Kita sebenarnya SOMB0NG dan ANGKvUH.
Kita sebenarnya MEN1PU diri sendiri.
Sebab apa?
Sebab kita rasa kehidupan kita, termasuk pernikahan kita, kebahagiaan dan masa depan kita adalah terletak pada KITA, bergantung kepada usaha kita semata-mata, terletak pada keyakinan bahawa kita sudah buat yang terbaik untuk memilih calon terbaik – sedangkan kita lupa hal rezeki, jodoh dan aj4l m4ut adalah urusan Allah SWT yang telah Allah SWT tetapkan kepada kita sejak azali lagi, sehingga kita LUPA untuk TAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT.
Teringat masa saya ambil keputusan untuk berkahwin ketika masih belajar di universiti, “Tak takut salah pilih ke?”, “Tak takut pelajaran akan terganggu ke?”, “Tak muda sangat ke?”, dengan pelbagai persoalan – nanti saya jawab di bawah sekali.
Cuba kita fikirkan perspektif kehidupan;
Apabila kita berjaya dalam SPM, kita rasa usaha kita selama ini berbaloi.
Apabila kita memasuki alam universiti, kita rasa keputusan kita lebih baik berbanding keputusan peperiksaan orang lain.
Apabila kita berjaya mendapat pekerjaan, kita rasa cara kita menjawab soalan-soalan semasa temuduga telah meyakinkan majikan untuk memilih kita menjadi pekerjanya.
Apabila kita jumpa calon isteri/suami yang baik, kita rasa berbaloi usaha kita ‘merisik’ dan sebagainya sampai jumpa calon terbaik untuk jadi pasangan hidup kita.
RASA SEMUA KEJAYAAN SEBAB USAHA SENDIRI
Apabila kita dapat adakan majlis pernikahan yang besar, kita rasa itulah hasil hempas-pulas bekerja dapat gaji tinggi dan menabung setiap bulan sehingga dapat belanja besar untuk pernikahan.
Apabila kita dapat anak, kita rasa diri kita dah dapat buktikan kita ini ‘jantan’ dan kita subur, isteri kita juga subur.
Apabila kita tengok suami kita sayangkan kita dan tidak mata ker4njang, kita rasa kita pandai jaga suami, kita pandai memasak makanan kegemaran suami kita.
Apabila kita seronok anak-anak kita membesar dengan sihat dan berjaya, kita pun terfikir kemenjadian anak-anak adalah disebabkan cara didikan kita yang terbaik.
Kita sebenarnya jauh daripada Allah SWT, kita sebenarnya tak berserah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT, kita sebenarnya tak yakin pun pada Allah SWT.
Kita jumpa jodoh yang baik, bukan sebab kita pilih yang terbaik atau terjumpa yang soleh/ah, semata-mata, tetapi Allah yang tentukan.
Kita jumpa jodoh yang tak bagus, susahnya hidup bersama si dia, bukan sebab kita salah pilih jodoh, tetapi Allah yang tentukan.
Kita tak dapat anak setelah bernikah, bukan sebab kita salah pilih wanita mandul sebagai isteri, tetapi Allah yang tentukan.
Kita sudah usaha pelbagai cara belajar tetapi gagal, bukan sebab kita bernasib malang, tetapi Allah yang tentukan.
Kita ada otak genius, tak belajar pun dapat keputusan peperiksaan yang paling cemerlang dalam dunia, bukan sebab kita hebat IQ tinggi, tetapi Allah yang tentukan.
Kita rasa apa sahaja yang berlaku pada kita dalam dunia dan kehidupan ini adalah kerana tindakan KITA, kerana tidakan KITA.
Sedangkan sebenarnya ada ‘campurtangan’ Allah SWT pada setiap perkara.
Sebab itulah ada TAWAKKAL.
Bergantung kepada Allah SWT.
Kita nak belajar, bukan otak kita sahaja yang ‘absorb’ pelajaran setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, tetapi Allah SWT yang buat otak kita dapat menerima pelajaran, mengingat, faham dan sebagainya.
Kita nak kahwin, bukan cara kita pilih calon sahaja yang memberi penentuan jodoh, tetapi Allah SWT yang telah ‘bawa’ kita menemui calon tersebut.
JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Kita nak anak, bukan sebab kita subur dan berjaya melakukan persetubuhan dengan pasangan kita dengan terbaik, tetapi kerana Allah SWT yang berikan rezeki untuk mendapat anak.
Percayalah apabila saya kata
JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH, JODOH ADALAH KETENTUAN ALLAH.
Ada suami yang soleh masuk ke syurga, mempunyai isteri yang solehah masuk ke syurga. Seperti Nabi Muhammad SAW.
Ada suami yang soleh masuk ke syurga, mempunyai isteri yang durjana dihumban ke neraka. Seperti Nabi Luth AS dan Nabi Nuh AS.
Ada suami yang durjana dibuang ke ner4ka, mempunyai isteri yang solehah masuk ke syurga. Seperti Asiah isteri Fir’aun laknatullah.
Ada suami yang jahat dihumban ke neraka, mempunyai isteri yang juga jahat dimasukkan ke neraka. Seperti Abu Lahab dan isterinya.
Bukan sebab salah pilih jodoh,
Tetapi sebab Allah SWT tetapkan.
Apabila kita gembira, bersyukur.
Apabila kita sengsara, bersabar.
Hidup ini bukan pertandingan siapa pandai pilih jodoh.
Hidup ini bukan pencarian siapa pasangan jodoh paling bahagia.
Hidup ini adalah tentang siapa paling hebat kebergantungannya kepada Allah SWT dalam semua segi kehidupan dan ini bukan pertandingan, ini adalah KEIKHLASAN.
Tinggikan tawakkal.
Ya, tinggikan tawakkal.
Sebab itulah apabila menyebut tentang jodoh, saya akan tekankan KITA harus jadi lelaki soleh (wanita solehah) jika mahu Allah berikan isteri (suami) yang solehah (soleh).
Sebab itulah apabila menyebut tentang kejayaan hidup, saya akan tekankan KITA harus jadi lelaki soleh (wanita solehah) jika mahu Allah berikan kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan.
Usaha biar kuat, tawakkal biar tinggi.
Ya, tinggikan tawakkal. Kita merancang, Allah-lah sebaik-baik perancang.
Nasihat saya, apabila sudah ada pilihan calon yang baik dan banyak urusan sudah pun dipermudahkan (wang ringgit, persetujuan keluarga, dan sebagainya), jangan takut-takut, bernikahlah selayaknya. Lebih baik nikahlah, daripada ber-couple.
Nak tunggu hilang segala rasa takut baru nak nikah, tunggulah~~~~ bila hilang rasa takut tu pun tak tahulah, 100 tahun lagi kot~
Sumber kredit: Syahr Musafir II
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Kashoorga