Kadang-kadang perut ini ada masa atau harinya mahu hidangan yang simple sahaja. Nasi putih kosong dan sambal tumbuk contohnya. Ataupun Nasi Bujang. Simple sahaja tetapi mengenyangkan. Kalau anda rasa seperti itu hari ini, jom buat Sambal Tumbuk ini.
Digandingkan pula dengan Sayur Bening, atau Ulam, Telur Dadar atau Ikan Goreng, mesti lagi NGAM. Eh, terliur pula Admin!
Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resepi Sambal Tumbuk ini 🙂
Bahan-bahan:
- Cili Padi 15 biji atau lebih (ikut tahap kepedasan masing-masing)
- Bawang Merah, putih 3 ke 4 biji (digoreng sekejap)
- Ikan Bilis goreng garing
- Sedikit garam sebagai perasa
- Hirisan Limau Kasturi (ambil perahan air Limau dan gaul bersama sambal)
Cara Membuatnya:
1. Goreng semua bahan.
*Tapi kena ingat, untuk berhati-hati apabila menggoreng Cili padi. Goreng sekejap sahaja untuk elak meletup dalam kuali.
2. Di perahkan pula dengan Perahan Limau Kasturi (lagi power).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Sumber: Yana Jais (Facebook) Via Icookasia