
Cara Buat Sausage Puff Sedap, Sesuai Untuk Sarapan & Bekal Untuk Anak
Apa kata cuba resepi Sausage Puff paling mudah ni. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka. Jadi jika hari-hari menu yang sama tentu bosan juga. Ibu pun pening kepala tak ada idea anak masak apa lagi.
Ada para ibu-ibu lebih suka menyediakan sarapan pagi sendiri daripada membeli di kedai. Ada juga anak yang cerewet tidak suka membeli makanan di kantin.
Jom lihat cara buat Sausage puff untuk sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak buat menu potluck pun boleh! Jom lihat resepi yang dikongsi oleh Azie Surip.
Resepi Sausage Puff
Bahan-Bahan:
- Sosej
- Puff pastri
- Biji bijan untuk hiasan
Cara Membuatnya:
1. Satu sosej di letakkan di atas pastry puff yang telah di potong.

2. Kemudian lipat secara bersilang. Rujuk gambar untuk membuat lipatan begitu.

3. Lakukan lipatan secara bersilang sehingga menutupi sosej. Kemudian bakar suhu 180’c selama 30 minit. Letak biji bijan untuk hiasan.

Siap!

Sesuai sekali untuk jamuah potluck anak sekolah. Pasti licin satu kelas. Apa lagi jom buat menu yang paling mudah ni.
Selamat mencuba.
Sumber: Azie Surip Via Myresipi