Ada yang suka kuih Seri Muka tak?
Biasanya kuih ini dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati.
Kalau biasa ibu-ibu akan buat versi pandan, kali ini admin sajikan resipi versi Gula Merah.
Tak caya cubalah.. Nahhh ni resepinya yang dikongsikan oleh Mawar Merah .👇
Bahan-bahan lapisan bawah:
- 1 cawan beras pulut
- 1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
- 1 sudu teh garam
Cara-cara:
1) Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam (saya rendam 1 jam,guna pulut susu ).
2) Sediakan loyang 7×7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
3) Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
4) Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
5) Cakar2kan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan
Bahan-bahan lapisan atas:
- 200 gram gula merah
- 1/2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 2 biji telur gred B ( saya guna 1 biji gred A )
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/4 cawan tepung gandum ( saya tambah 1 sudu besar lagi )
- 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
1) Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan.
2) Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati.
3) Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata
4) Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul
5) Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja.
6) Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
7) Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik yg telah di oles dengan sedikit minyak.
8) Pastikan air kukusan betul2 mendidih dan lap penutup kukusan dgn tuala setiap 5 minit sekali
Kredit Resepi : mawar merah Via Keluarga
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti