Ini Rahsia Tukang Masak Thai, Buat Tom Yum Gong Ori Jadi Lebih Sedap! Rasa Masam Pedas Manis Lemak Berkrim Satu Rumah Puas Makan!

Ramai yang mengemari masakan tom yam tapi untuk membuatnya tak semua mampu buat seperti kedai masakan siam.

Menarik perkongsian ini, wanita ini dedah cara tukang masak thai masak tom yam jadi lebih sedap.

Ini rahsianya!

Tom Yum Gung Ori .

Rasa masam , pedas, manis masin lemak berkrim semua bersatu padu. Sebab tambah susu cair. Gerenti satu rumah puas makan.

Boleh nak letak santan tapi rasa berubah tak sama dengan susu. Ini tukang masak Thai tu yang cerita. Aku follow aja lah.

Kuncinya mesti ada sos ikan , dan ikut tips dan trick kat bawah ni. insha’Allah menjadiiii, kau orang kena cuba okehh. Dah terror bila bila teringin kau masak je sendiri.

Tak perlu udang besar lauk mewah, guna cendawan dengan ayam pun kuah sedap letops sangat sebijik macam makan kat Hatyai. Tak ada guna juga kiub ayam kiub tomyum semua. Rasa tetap mewah gais.

Dah jom masak.

Bahan bahan:

  • Isi ayam
  • Sotong (takde pun takpe)
  • Cendawan
  • Serai 2 batang
  • Bawang besar potong 4
  • Bawang putih ketuk
  • Daun limau purut
  • Daun Ketumbar
  • Limau nipis 2 1/2 biji
  • Cili padi
  • Lengkuas
  • Cili Thai Pes
  • Sos ikan
  • Susu cair
  • Garam dan gula pandai pandai letak

Cara- Cara, trick masakan semua kat gambar.

Selamat mencuba! Sumber: Fyza Shah Via Keluarga

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti