Lempeng merupakan hidangan yang cukup sesuai dinikmati baik semasa sarapan mahupun makan petang. Ianya juga mudah disediakan.
Bagi yang ingin mencuba resipi lempeng yang lembut dan gebu gebas ini boleh cuba cara peniaga ini. Memang lembut!
Resepi Lempeng Lembut Gebu
Bahan-bahan:
- 2cawan tepung gandum
- 500ml air
- 1biji telur
- 2sb minyak masak
- 1sk garam
- 1sb gula
- 1sk baking powder
Cara-cara:
1) Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2) Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.
Biarkan 1 jam, baru lempeng gebu
3) Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.
4) Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
5) Enak dihidang bersama sambal tumis telur
Yg ini kita buat jual. 1set 6keping rm5. Kalau uolls nk jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing2.
Video
Nak tahu lanjut cara penyediaan video lihat di sini
Sumber: Suzana Othman Via Keluarga
Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom