Cara Buat Bedak Sejuk Homade Untuk Menghaluskan Kulit Muka!

Assalamualaikum…

Siapa suka letak bedak sejuk kat muka waktu tido?.. Elok tau kalau amalkan, parut jerawat akan hilang, kulit muka akan lembut jer.. Tapi kena rajin. Akak masa anak dara memang tiap2 malam letak tapi bila dah beranak pinak dah kurang. Kalau buat tu kira rajin sangatlah..

Jom kita buat bedak sejuk versi tak rajin sangat (sebab pakai beras yang blend) bukan tunggu sampai 5 bulan.. Jenuh jadi ayaq char.. hihii..

HOMEMADE BEDAK SEJUK

Bahan dan caranya:

1 cawan beras

(Dicuci sampai bersih)

  • Rendam dalam 2 minggu (pastikan air ditukar setiap hari – Untuk elakkan daripada bau bvsuk)
  • Lepas 2 minggu, blendkan beras yang sedikit h4ncur dengan sedikit air bersih 
  • Masukkan dalam peti ais selama 2 hari (bagi keringkan atau senang dipicit agar tidak terlalu cair)
  • Selepas 2 hari keluarkan, masukkan dalam daun pisang yang dibentukkan kon dan p0tong sedikit dihujung untuk memudahkan ia dipicit dengan saiz kecil.
  • Sedia dipicit kecil-kecil di atas kain batik atau kain putih yang jenis serap air dan jemurkan dalam 20 minit.
  • Bila dah agak keras, letakkan kan dalam satu bekas bersama daun pandan (nak letak bunga kenanga atau bunga melur lagi elok untuk bangkitkan bau wangi bedak sejuk)

Senangkan??… Jom buat.. #kalaurajin hihiiii

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber : tarabozu