Petua Hilangkan Lemak Pada Pinggan Mangkuk Berlemak.

Rasanya ramai yang masih menyimpan stok daging yang diterima minggu lalu sempena ibadah korban. Antara hidangan paling enak dari daging ini sudah tentulah sup ditambah pula dengan daging masih baru siap dengan tulang. Memang sedap!

Tapi masalah lepas makan hidangan sup ini adalah lemak yang melekat pada pinggan mangkuk. Memang susah nak hilangkannya.

Selalunya kita akan jirus dengan air panas untuk menghilangkannya, tak pun basuh berulang kali untuk menghilangkan lemak yang melekat.

Kalau setakat beberapa keping pinggan mangkuk ok lagi tapi kalau melibatkan kenduri memang remeh nak buat begini.

Bagaimanapun ada satu petua mudah yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk menyesaikan masalah ini.

Cuma guna tepung gandum

  • Caranya cukup senang, cuma gunakan tepung gandum saja.
  • Masukkan tepung gandum dalam serbuk pencuci bersama air kemudian cuci pinggan seperti biasa.
  • Sisa lemak yang tebal melekat pada pinggan plastik pun boleh hidang dengan mudah.
  • Selepas itu bolehlah dibilas seperti biasa.

Selamat mencuba

Sumber: Khairul Azhar Aamiin

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih